Croatia akan terus ‘hantui’ England – Delph

Real ‘akan rosak’ jual CR7
July 15, 2018
Mourinho bagi rehat tiga minggu
July 15, 2018

Croatia akan terus ‘hantui’ England – Delph

BERITA HARIAN: Pemain tengah England, Fabian Delph berkata, dia dan rakan sepasukannya tidak akan dapat melupakan kekalahan kepada Croatia di peringkat separuh akhir Piala Dunia sepanjang hayat mereka.

England mengakhiri kempen di Russia di kedudukan keempat selepas tewas 2-0 kepada Belgium dalam penentuan tempat ketiga-keempat, semalam dengan Delph mengaku mereka masih dihantui kekalahan kepada Croatia.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu mendahului Croatia 1-0 selepas rehat babak pertama pertemuan, Khamis lalu itu sebelum lawan mereka bangkit menyamakan kedudukan untuk mengheret permainan ke masa tambahan dan menang 2-1.

“Saya kecewa. Ia sudah menjadi kejohanan menakjubkan buat kami secara peribadi dan juga secara berkumpulan, dan kami boleh pulang ke rumah dengan bangga terhadap diri kami, tetapi saya fikir ada penyesalan dalam diri kami,” kata Delph.

“Di separuh akhir, saya fikir kami mempunyai peluang yang hebat untuk ke final, dan kami tidak mampu melakukannya.

“Bukan saja dalam masa terdekat, saya fikir untuk keseluruhan kehidupan kami, kami akan menyesal apabila berasakan yang kami mempunyai peluang cerah di sana,” kata pemain tengah Manchester City itu.

Skuad kurang pengalaman Southgate dijangka tidak mampu pergi jauh di Russia tetapi mereka menyamai pencapaian terbaik sejak memenangi Piala Dunia pada 1966.

“Kami mempunyai peluang yang besar. Kami mempunyai kem menakjubkan dan saya fikir kami mempunyai sesuatu untuk dibina bermula daripada sekarang sehingga empat tahun berikutnya,” kata Delph.

“Menamatkan kejohanan dengan kekalahan di sini (hari ini) tidak begitu baik buat kami. Kami menentang pasukan yang amat baik dan tidak mensia-siakan peluang mereka.”

Ditanya sama ada Belgium yang tewas kepada Perancis di separuh akhir sebagai pasukan lebih baik berbanding Croatia, Delph berkata: “Ya, saya fikir seperti itu.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *