Jorginho teruja sertai Chelsea

Mourinho bagi rehat tiga minggu
July 15, 2018
Lolo, Dim ‘sorak final’ Les Bleus
July 15, 2018

Jorginho teruja sertai Chelsea

BERITA HARIAN: Pemain tengah Itali, Jorginho muncul pembelian pertama jurulatih baharu Chelsea, Maurizio Sarri bersama kelab berkenaan selepas perpindahannya ke Stamford Bridge dimuktamadkan, semalam.

Selepas beraksi 33 kali bersama Napoli dalam kempen Serie A musim lalu, Jorginho turut meledak dua gol namun kehebatannya menghidu peluang menyaksikan kelabnya itu menamatkan saingan di belakang juara, Juventus.

Difahamkan, Chelsea membayar STG57 juta pound (RM305.53 juta) untuk mendapatkan tandatangannya selama lima tahun dengan gaji STG102 ribu pound (RM546 ribu ) seminggu sekali gus mengecewakan penyandang juara, Manchester City yang turut berminat.

“Saya cukup teruja untuk bermain dalam liga yang amat sengit, buat pasukan yang memberikan segala-galanya untuk bermain dan menang,” kata Jorginho.

Jorginho adalah antara tonggak Napoli di bawah kendalian Sarri dengan Chelsea menjangkakan pengaruh sama dapat dibawa ke London.

“Kami gembira Jorginho memilih untuk menyertai Chelsea,” kata Pengarah Kelab, Marina Granovskaia. “Dia salah seorang pemain tengah paling bagus di Eropah dan akan menjadi pemain penting dalam skuad.

“Dia sudah menunjukkan kualiti kerjanya di bawah Maurizio Sarri dan kami yakin dengan kehadirannya akan membawa lebih kejayaan di Stamford Bridge.”

City sebelum ini dilaporkan amat berminat untuk mendapat pemain berusia 26 tahun itu tetapi Sarri membuktikan dia lebih berpengaruh.

Jorginho akan diberikan jersi nombor lima di Chelsea pada penampilan sulung bersama The Blues yang terlepas untuk beraksi di kempen Liga Juara-Juara musim depan selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tangga kelima. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *