Kata-kata Pogba bakar semangat

Mbappe beri amaran belum puas
July 16, 2018
Mbappe ada kualiti Pele
July 17, 2018

Kata-kata Pogba bakar semangat

HARIAN METRO: Paul Pogba mengakui impiannya sejak kecil akhirnya menjadi kenyataan selepas menjaringkan gol untuk membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu adalah pemain Manchester United pertama menjaringkan gol pada final Piala Dunia dengan melakukan rembatan lencong menggunakan kaki kiri untuk Les Bleus mendahului Croatia 3-1 sebelum merekod kemenangan 4-2.

Pogba yang diminta mengulas mengenai kemenangan itu berkata: “Ia ada impian saya sejak kecil. Saya harap kami dapat membuatkan ramai orang bangga.

“Saya memberitahu pemain sebelum perlawanan:

‘Kita sekarang hanya dipisahkan 90 minit daripada impian, kita ada 90 minit untuk mencatat sejarah dalam kehidupan dan kita ada 90 minit untuk membuatkan seluruh rakyat Perancis berbangga malah anak-anak mereka juga akan tahu mengenai perkara ini.

“‘Ayuh semua, kita boleh lalukan. Ada dua pasukan dan satu piala dan kita tak akan biarkan pasukan lain mengambil piala ini.’

“Itu yang saya katakan kepada mereka.”

Sementara itu penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann menyatakan bahawa kekecewaan tewas di final Euro 2016 kepada Portugal di laman sendiri memberikan inspirasi kepada mereka kali ini.

Griezmann berkata: “Kami berusaha keras. Beberapa perubahan dibuat selepas kekalahan itu, beberapa pemain baru dibawa masuk dan itu baik untuk kami.

“Ia sangat positif, jurulatih tahu bagaimana untuk menganalisa perlawanan. Saya sangat bangga dengan pasukan ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *