Lolo, Dim ‘sorak final’ Les Bleus

Jorginho teruja sertai Chelsea
July 15, 2018
Rooney tidak tunggu lama
July 15, 2018

Lolo, Dim ‘sorak final’ Les Bleus

HARIAN METRO: Pertahanan Arsenal Laurent Koscielny akhirnya akan berada di final Piala Dunia malam ini, atas jemputan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Macron menjemput pertahan Gunners itu selain seorang lagi bintang Perancis Dimitri Payet untuk pertarungan akhir itu.

Kedua-dua pemain itu yang menjadi nadi skuad Les Bleus sejak beberapa tahun kebelakangan mengalami kecederaan sebelum kejohanan itu Di Russia.

Koscielny mengalami kecederaan Achilles pada Mei manakala Payet berdepan kecederaan hamstring.

Kini penyerang utama Perancis Antoine Griezmann menyifatkan mereka sebagai pembakar semangat terhadap skuad yang tidak mahu lagi mengulangi kekalahan pada final Euro 2016.

Dua tahun lalu, Perancis di laman sendiri mengalami kekalahan mengejut kepada Portugal yang beraksi tanpa Cristiano Ronaldo pada sebahagian besar perlawanan itu.

Menjelang final di Moscow, Griezmann berkata: “Kehadiran mereka akan memberikan kami lebih semangat untuk menjulang piala ini.

“Lolo (Koscielny) dan Dim (Payet) berada di Euro, mereka pemain yang penting.

“Jika tidak kerana kecederaan, mereka pasti berada di sini. Seronok dapat bertemu mereka lagi.

“Ia akan memberi semangat tambahan kepada kami menjulang piala ini.”

Semalam, skuad Perancis kelihatan tenang dan yakin sebaik tiba di Moscow untuk perlawanan itu demi memburu trofi Piala Dunia pertama selepas 1998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *