Nasib Bale masih samar

Rooney tidak tunggu lama
July 15, 2018
Piala Dunia lonjak imej Russia
July 15, 2018

Nasib Bale masih samar

BERITA HARIAN: Gareth Bale kembali menyertai latihan pramusim Real Madrid hari ini dengan terus mengadakan pertemuan bersama pengurus baru Julen Lopetegui di mana topik utama perbincangan menjurus kepada masa depannya.

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus minggu lalu dilihat memberi peluang baru kepada Bale,28, untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Madrid apabila dia menyuarakan kekecewaan selepas meledak dua gol sebagai pemain gantian pada final Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada Mei lalu.

Meskipun tanpa kehadiran pemain terbaik dunia itu, Bale tetap mahu mengadakan perbincangan serius dengan Lopetegui mengenai peranannya di Bernabeu sebelum membuat keputusan sama ada terus kekal buat musim keenam.

Lopetegui yang membuat keputusan mengejut meninggalkan Sepanyol sebelum Piala Dunia bermula apabila berita beliau akan menyertai Madrid tersebar luas boleh berbahasa Inggeris dan perbincangan bersama bintang Wales bernilai STG86 juta (RM460 juta) cukup mustahak.

Lopetegui boleh menaruh kepercayaan kepada Karim Benzema, Isco dan bintang meningkat naik Marco Asensio di bahagian serangan dan Real kini dikaitkan dengan perpindahan pemain Chelsea Eden Hazard yang lebih berminat beraksi di bahagian kiri seperti Bale.

Madrid menafikan akan membuat bidaan untuk mendapatkan bintang PSG Neymar dan Kyllian Mbappe pada musim panas ini tapi difahamkan mereka lebih berminat untuk membawa masuk penjaga gol Chelsea dan Belgium Thibaut Courtois.

Bale yang kini menarik perhatian Manchester United menjadi pemain terbaik dunia apabila menyertai Real Madrid dari Tottenham pada 2013.

Dia dilihat pembelian berbaloi apabila membantu pasukan memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara, La Liga dan Copa del Rey.

Bagaimanapun Bale mengakui masa depannya belum pasti selepas menjaringkan salah satu gol terbaik Liga Juara-Juara dengan sepakan akrobatik menentang Liverpool di Kyiv. Dia kemudian menyatakan: “Saya kecewa’. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *