Real ‘akan rosak’ jual CR7

Mourinho rehat bintang Piala Dunia aksi sulung EPL
July 15, 2018
Croatia akan terus ‘hantui’ England – Delph
July 15, 2018

Real ‘akan rosak’ jual CR7

HARIAN METRO: Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon percaya tindakan Los Blancos menjual Cristiano Ronaldo ke Juventus terbukti akan menjadi keputusan yang buruk.

Bekas pemain sayap Manchester United itu memilih meninggalkan Bernabeu dengan perjanjian £88 juta (RM472 juta) yang pastinya mengejutkan penyokong juara Eropah itu.

Ronaldo meledak 44 gol untuk Real musim lalu dan Calderon percaya masih banyak yang dia boleh tawarkan kepada Juventus dari segi kemampuannya.

“Ia kesilapan yang sukar diterima dan pastinya Real Madrid perlu membayar harga yang mahal untuknya,” kata Calderon.

Peminat banyak bercakap mengenai Kylian Mbappe dan Neymar, tetapi mereka masih jauh untuk capai ke tahap Ronaldo.

“Ia menjadi pembelian bersejarah sembilan tahun lalu dan nilai pampasan hak penjualan €1 bilion yang diletakkan ke atasnya membuktikan dia bukan dijual.

“(Florentino Perez) akan membayar harga yang mahal di atas kesilapannya ini. Cristiano adalah pemain nombor satu, jadi ini kerosakan yang teruk.”

Ronaldo dilaporkan meninggalkan Real selepas kelab enggan memenuhi permintaan kapten Portugal itu mendapat kenaikan gaji berlipat kali ganda.

Dia mahu menyamai tangga gaji diterima bintang Barcelona, Lionel Messi £35 juta (RM187 juta) semusim, malah dikhabarkan Neymar di Paris Saint-Germain (PSG) turut menerima bayaran lebih tinggi daripadanya. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *