Sistem VAR catat sejarah

Koscielny, Payet dijemput ke final
July 15, 2018
‘Pussy Riot’ buat kacau
July 15, 2018

Sistem VAR catat sejarah

BERITA HARIAN: Sistem Video Bantuan pengadil (VAR) digunakan buat kali pertama di final Piala Dunia apabila Perancis dianugerahkan dengan sepakan penalti pada minit ke-38 yang menyaksikan Antoine Griezmann menyempurnakannya bagi membolehkan Les Bleus mendahului Croatia 2-1.

Pengadil, Nestor Pitana sedar bahawa bola terkena tangan pemain Croatia dan selepas merujuk kepada skrin di tepi padang, beliau memutuskan bahawa Ivan Perisic sengaja menghalang bola dengan tangan dalam usaha menyelamatkan pintu golnya.

Sebelum itu, aksi final di Stadium Luzhniki menyaksikan gol sendiri pertama di final Piala Dunia apabila bola terkena penyerang Croatia, Mario Manduzkic dan melepasi jangkauan penjaga golnya sekali gus meletakkan Perancis di depan pada minit ke-18.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA menganggap penggunaan VAR di pusingan akhir Piala Dunia di Russia sebagai satu kejayaan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *